Adakah ingin tahu apakah tindakan terbaik yang perlu dilakukan dengan wang anda bilamana ekonomi berada dalam ketidaktentuan.
Semua orang ingin tahu di mana mereka boleh meletakkan wang mereka dengan lebih selamat, terjamin dan terlindung daripada sebarang masalah kerugian.
“Patutkah mereka melaburkan wang mereka ke dalam Unit Trust?
kata perunding unit trust, melaburlah ketika ekonomi sedang mengalami kejatuhan sebab harganya lebih murah!”
“Tapi bagaimana pula jika harganya terus menerus jatuh?”
“Atau beli sahaja pelan perlindungan Insurans/Takaful?”
“Atau mungkin simpan sahaja dalam Simpanan Tetap (FD) yang jauh lebih selamat?”
Itulah di antara soalan yang bertali arus yang sering saya terima …
Baiklah sebelum saya menjawab soalan-soalan tersebut, biarlah saya berterus terang terlebih dahulu.
Sebenarnya saya pun tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan kerana saya hanya memberi khidmat nasihat kewangan dan bukannya Ahli Nujum Pelaburan Kewangan yang tahu bila masanya sesuai untuk melabur dan bila pula masa yang sesuai untuk menjual!
Hakikatnya tiada seorang pun yang tahu apakah perkara yang berlaku pada masa hadapan, sebaliknya ramai yang dapat berhujah dengan baik berasaskan perkara lalu.
Sebagai contoh sejarah pulangan pelaburan…
Perkara yang telah berlaku, ramai di antara kita yang boleh berikan jawapan tetapi bila melibatkan perkara masa depan …tiada siapa pun boleh berikan jawapan yang pasti!
Jadi dengan kata lain, kita tidak tahu apa yang pasaran saham akan lakukan besok. Kita tidak tahu di mana harga minyak akan pergi dan apakah harga hartanah akan naik atau turun?
Sebenarnya tidak ada satu tempat yang selamat untuk melabur wang anda. Bukan pasaran saham, bukan pasaran hartanah dan bahkan bukan juga di bank!
Sekarang kita semua sudah tahu bahawa tidak ada jaminan untuk menghasilkan wang, cuma ada satu perkara sahaja yang dapat anda lakukan dengan wang anda ketika ekonomi tidak menentu…
Apa dia?
Jika anda nak tahu,jom klik sini..
Semoga tip ini sedikit sebanyak memberi input kepada anda..
Salam Sukses,
Serikandi Fajar
No comments:
Post a Comment