RAHSIA NAK BUAT DUIT

Sunday, 24 July 2011

5 tips untuk mendapatkan duit raya..

Ok,setelah lama menyepi,saya kembali lagi untuk berkongsi dengan sahabat semua tentang sedikit info ataupun ilmu tentang kewangan anda.Sebenarnya,saya baru mula bercuti bermula hari ini dan di sini saya ingin memohon maaf  kerana lama sudah  tidak meletakkan post baru.InsyaAllah,di sepanjang cuti ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang tip-tip kewangan.

Dalam tak sedar,kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak tak lama lagi.Lepas puasa,kita akan beraya pula.Bukan saya nak fokus tentang raya tetapi ramai yang memerlukan duit ketika musim perayaan.Oleh itu,kita mestilah bermula dari awal lagi.Di sini,saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang 5 tip untuk membuat duit raya.

Antara 5 tip untuk membuat duit dalam bulan puasa dan sebagai persediaan menghadapi musim perayaan ialah :

Idea 1- Bisnes printing sampul duit raya

Salah satu idea yang sudah semestinya hot untuk di lakukan sebelum menjelangnya Hari
Raya ini ialah bisnes printing sampul duit raya. Jangan risau jika anda tidak pandai
mereka artwork yang cantik-cantik. Anda boleh mendapatkan design daripada client
anda atau pun daripada artwork-artwork yang anda boleh perolehi melalui internet.
Google sajalah! Hehe ☺

Pernah tak anda berbelanja di pasaraya atau membuat urusan di bank dan menerima
sampul duit raya secara percuma? Ya, begitu luasnya pasaran anda sebenarnya.
Terdapat dua cara untuk melakukan bisnes printing ini.

Yang Pertama (agen)
- Anda cari client
- Tawarkan harga murah untuk money pocket anda.
- Mereka akan propose design
- Anda buat tempahan dan proses
- Payment dibuat dan anda tempah kepada pembekal printing anda
- Tempahan di hantar
- Masyukk $$$ (duit raya anda bertambah) hehe

Yang Kedua (penjual)
- Anda buat design
- Tawarkan keunikan sampul duit raya anda (design lain dari yang lain)
- Jual di bazar Ramadhan atau kepada rakan-rakan anda (boleh menggunakan
medium internet untuk memasarkan sampul duit anda) contoh tempat
pemasaran : facebook

Untuk anda memulakan bisnes printing sendiri ( lepas raya pun boleh buat) saya syorkan
anda dapatkan  Pakej Bisnes Printing daripada bro Haznoor.


Idea 2- Servis Mengemas / Mengecat Rumah

Kediaman bersih dan berseri adalah idaman setiap tuan rumah di pagi raya. Namun,
kesibukan bekerja sering menghantui mereka untuk mengemas rumah dan
membersihkan kawasan sekeliling rumah mereka.

Malah, ada yang ingin mengecat rumah namun tidak berdaya untuk mengecat sendiri
akibat kesibukan kerja. Jadi, apa yang anda boleh lakukan ialah, anda tawarkan servis
dan masa anda untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Anda tawarkan harga servis anda
untuk mengemas, mencuci langsir, mengecat, memotong pokok dan sebagainya.
Jika dalam ebook Ammar Zahar, beliau memberi kan idea untuk memotong rumput,
saya buka idea lebih besar lagi untuk anda.

Tak percaya servis ini boleh memberikan pendapatan buat anda? Saya sendiri telah
mencuba memberikan servis ini. Ya..walaupun saya mempunyai degree, bekerja di
waktu pagi, kadangkala saya menyambung mengemas rumah / memasak di waktu
malam.Saya menjaga anak-anak mereka dan apa jua kerja yang boleh saya lakukan
untuk rumah mereka.

Idea ini tidak sesuai jika anda mempunyai keluarga, namun, jika anda mampu manage
masa anda, anda juga boleh melaksanakan idea ini. Nampak sedikit ke upah yang diberi?
Ok..percaya atau tidak, saya pernah dapat hampir RM2000 hanya kerja mengemas
rumah orang. Masa itu adalah bulan puasa tahun lepas. Saya ambil upah 2 jam = RM45..
 (rate yang sangat murah masa tu hoho). Sekarang rate RM70 untuk 3 jam 2 orang.
Bergantung pada keadaan dan masa. Jadi, masa musim-musim perayaan ni adalah masa
untuk anda demand kerana permintaan sudah pastinya tinggi.

Target Client
- wanita bekerja / bekerjaya
- ibu-ibu mengandung
- mereka yang kekurangan masa untuk mengecat rumah dan membersihkan
kawasan sekeliling
- golongan-golongan elit yang tidak mempunyai pekebun/ maid di rumahnya.
- Golongan professional yang sentiasa busy
- Mereka yang malas tetapi banyak duit untuk mengecat rumah

Teknik Promosi
- tawarkan servis anda di iklan-iklan percuma seperti majalah.com ke. Taip sahaja
di google dengan tajuk iklan percuma.
- Post di facebook..jika segan nak buat atas nama anda sekarang. Buat fan page
dan gunakan nick name perniagaan anda. Contohnya id : cucirumah dan postkan
di group atau wall rakan-rakan anda.
- Cari satu customer dahulu. Servis ini sebenarnya lebih bergerak secara viral dan
mouth to mouth. Jika mereka berpuash hati dengan perkhidmatan anda, mereka
akan menyarankan dan beritahu rakan yang lain. Dari satu customer anda boleh
dapat berbelas-belas customer seminggu.


Idea 3 : Jual resepi kuih raya

Ya, masa ini anda boleh buat kompilasi resepi-resepi masakan untuk tatapan para ibu di
luar sana. Antara idea masakan ialah :

Maklumlah, zaman sekarang agak kurang ramai yang gemar membuat biskut raya atau
kek di rumah. Namun, masih ada juga yang masih berkira-kira untuk mendapatkan
resepi-resepi tersebut. Apa yang saya sarankan ialah, anda compile resepi tersebut dan
jual dengan harga murah. Namun pastikan resepi tersebut menjadi.

Untuk resepi juadah berbuka juga amat laris kerana di hari Ramadhan mulia inilah
tempat sanak saudara berkumpul untuk berbuka bersama. Jadi, mereka pastinya akan
mencari kelainan dalam menyediakan juadah berbuka untuk saudara mara mereka.

Targeted Client :
- Surirumah
- Para ibu dan juga sesiapa jua yang menjaga masakan di rumah
- Para peniaga yang ingin mencari idea memasak untuk jualan mereka

Teknik promosi :
- Internet
- Laman-laman web sosial seperti Facebook, NextCubes
- Forum-forum tempat wanita berbincang mengenai masakan
- Blog-blog wanita yang mengajar menu atau resepi-resepi


Idea 4 : Barangan Kosmetik

Sudah pasti ramai yang ingin kelihatan anggun dan berseri di pagi raya. Mana tidaknya
ada yang di hari raya beginilah masanya untuk sanak saudara berkumpul. Jadi, takkan
nak Nampak selekeh je kan. Pastinya wanita-wanita di luar sana ingin kelihatan cantik
dan berseri.

Anda boleh cari supplier-supplier ni di Facebook dan sebagainya.
Lakukan dropship pun boleh juga.Anda tidak perlu menyimpan stok malah anda mampu menjana keuntungan darinyaberlipat kali ganda.Deal dengan supplier yang anda perolehi dan dapatkan harga murah untuk harga
pemborong.

Idea 5 : Berjimat di Bulan Ramadhan

Ya...idea ini mungkin agak kontroversi..Ezord ni kata nak bagitau cara buat duit di bulan
puasa, ni apasal pulak kena berjimat? Kenalkah anda pada Abang Abu? Mentor dari
Singapura yang berjaya bergelar jutawan dengan cara mendalami ilmu kewangan. Ya!

Dengan mengetahui bagaimana flow duit anda masuk dan keluar, sebenarnya anda
dapat jimat sangat banyak pada bulan Ramadhan ini.
Mana tidaknya, anda sudah jimat :

  • Makan tengah hari,
  • Minum petang,
  • Rokok,
  • Ngeteh,
  • Jimat minyak kereta keluar gi makan tengah hari
  • Jimat duit pergi karaoke, bermain bowling dan berhibur dan macam-macam lagi.

Jadi apa yang anda perlu lakukan ialah.
1- Target berapa yang anda hendak simpan / budget yang perlu anda gunakan di
      hari lebaran nanti.
2- Tulis atas sebuah kertas dan tampal di dinding.
3- Pergi kerja hanya bawa wang RM25 sahaja sehari. Jangan lebih kerana hanya
     nafsu sahaja yang ada tanpa godaan syaitan untuk anda membeli brang-barang
      yang tidak perlu.
4- Lalu di kawasan bazar Ramadhan yang tidak mempunyai parking yang
    mencukupi. (Jadi anda akan rasa malas untuk jalan jauh-jauh nak membeli di
   bazaar ☺ )
5- Kurangkan makan di luar dan suruh isteri anda memasak (anda wajib membantu
     beliau)
6- Berkongsi atau bertukar juadah dengan jiran-jiran atau sanak saudara yang
    duduk dekat-dekat
7- Pergi ke surau atau masjid berbuka. Secara tidak langsung dapat mengawal nafsu
     untuk makan secara berlebihan dan mengelakkan malas pergi ke Terawih



Semoga tip ini dapat membantu anda..



Salam Sukses,
Serikandi Fajar



No comments:

Post a Comment