Selamat Menyambut Ramadhan semua saya ucapkan.So macam mana persiapan menyambut Ramadhan tahun,semoga lebih baik dari sebelumnya.Biasanya orang selalu kelam kabut utk menyambut Raya tapi takde pulak yang kelam kabut nak sambut Ramadhan.Mungkin saya silap kot..
Tapi tak dinafikan masyarakat kita selalu banyak menyiapkan juadah yang pelbagai untuk berbuka setelah berpenat lelah seharian berpuasa.Kadang-kadang tu sampai membazir.Ingat ye,membazir tu adalah malan syaitan.Syaitan memang dah dirantai bulan puasa ini tapi syaitan dalam diri kita atau nafsu tak dirantai ye.Ingat ye..
Saya baru selesai membaca TERAPI RAMADHAN sebuah buku yang ditulis oleh Ustaz Arsyad.Banyak panduan mudah yang dia kongsikan bagi mendapatkan puasa yang berkualiti.Antaranya ialah terapi solat sunat,terapi Quran al-karim,pekara yang membatalkan puasa dan banyak lagi.Pada mulanya agak berfikir juga nak beli tapi fikir panduan ini boleh dibaca untuk meningkatkan diri kepada yang lebih baik.Apa salahnya,sekali seumur hidup,boleh guna lagi untuk puasa tahun depan serta boleh kongsikan dengan semua
Ingatlah 3 perkara yang akan menjadi pegangan semasa kita mati iaitu :
1)anak soleh
2)sedekah jariah yang berpanjangan
3) ilmu manfaat
Saya selalu berpengang sampaikanlah walau sepatah ayat kerana itulah yang terbaik dalam hidup yang sementara ini..
Orang boleh berbelanja berpuluh-puluh ringgit utk juadah berbuka..adakah kita juga memberi rohani kita ni makan.Fikir-fikirkanlah...belanjalah sediit duit anda untuk mencari ilmu bagi meningkatkan kualiti ibadah kita seperti kalau sebelum tak ada Quran tafsir (yang ada makna),maka belilah untuk membaca,jika sebelum ni kurang membaca majalah-majalah yang memberi kesedaran tentang hidup ini,maka belilah kerana setiap wang yang anda keluarkan utk menuju Allah maka besar pahala di sisiNya tambahan lagi di bulan Ramadhan ini.
Semoga posting kali ini memberi manfaat kepada semua..Selamat berbuka
Salam Sukses,
Serikandi Fajar
No comments:
Post a Comment