Selamat Menyambut Ramadhan semua saya ucapkan.So macam mana persiapan menyambut Ramadhan tahun,semoga lebih baik dari sebelumnya.Biasanya orang selalu kelam kabut utk menyambut Raya tapi takde pulak yang kelam kabut nak sambut Ramadhan.Mungkin saya silap kot..
Tapi tak dinafikan masyarakat kita selalu banyak menyiapkan juadah yang pelbagai untuk berbuka setelah berpenat lelah seharian berpuasa.Kadang-kadang tu sampai membazir.Ingat ye,membazir tu adalah malan syaitan.Syaitan memang dah dirantai bulan puasa ini tapi syaitan dalam diri kita atau nafsu tak dirantai ye.Ingat ye..
Saya baru selesai membaca TERAPI RAMADHAN sebuah buku yang ditulis oleh Ustaz Arsyad.Banyak panduan mudah yang dia kongsikan bagi mendapatkan puasa yang berkualiti.Antaranya ialah terapi solat sunat,terapi Quran al-karim,pekara yang membatalkan puasa dan banyak lagi.Pada mulanya agak berfikir juga nak beli tapi fikir panduan ini boleh dibaca untuk meningkatkan diri kepada yang lebih baik.Apa salahnya,sekali seumur hidup,boleh guna lagi untuk puasa tahun depan serta boleh kongsikan dengan semua
Ingatlah 3 perkara yang akan menjadi pegangan semasa kita mati iaitu :
1)anak soleh
2)sedekah jariah yang berpanjangan
3) ilmu manfaat
Saya selalu berpengang sampaikanlah walau sepatah ayat kerana itulah yang terbaik dalam hidup yang sementara ini..
Orang boleh berbelanja berpuluh-puluh ringgit utk juadah berbuka..adakah kita juga memberi rohani kita ni makan.Fikir-fikirkanlah...belanjalah sediit duit anda untuk mencari ilmu bagi meningkatkan kualiti ibadah kita seperti kalau sebelum tak ada Quran tafsir (yang ada makna),maka belilah untuk membaca,jika sebelum ni kurang membaca majalah-majalah yang memberi kesedaran tentang hidup ini,maka belilah kerana setiap wang yang anda keluarkan utk menuju Allah maka besar pahala di sisiNya tambahan lagi di bulan Ramadhan ini.
Semoga posting kali ini memberi manfaat kepada semua..Selamat berbuka
Salam Sukses,
Serikandi Fajar
Tip Kewangan Anda
Monday, 1 August 2011
SAMBUNGAN...BILA EKONOMI TIDAK MENENTU, APA PATUT BUAT?
BILA EKONOMI TIDAK MENENTU, APA PATUT BUAT?
Jawabnya adalah dengan meningkatkan kekayaan bersih anda.
Jadi kita perlu rujuk pada Penyata Nilai Bersih kita.
Secara asasnya, tingkatkan Aset dan kurangkan Liabiliti atau tanggungan hutang yang ada pada kita.
Saya kira anda sudah dapat jawapan kepada persoalan pokok kita;
“Apa Yang Perlu Dilakukan Dengan Wang Kita Bila Ekonomi Tidak Menentu?”
Jawapannya adalah membayar semula hutang anda, terutamanya pinjaman perumahan anda (jika ada).
Lihat, setiap kali anda membayar hutang anda, anda akan memperbaiki situasi kewangan anda.
Begitu juga, ketika anda membuat hutang baru. Setiap kali hutang baru dibuat, maka situasi kewangan anda akan menjadi bertambah parah selepas itu.
Nak tak nak, anda perlu berhenti buat hutang baru, dan gunakan wang yang ada pada anda kini untuk bayar hutang piutang anda!
Sementara anda mencari cara untuk meningkatkan aset anda, adalah lebih baik menggunakan wang itu untuk mengurangkan hutang anda terlebih dahulu.
Sekiranya anda berjaya menjelaskan hutang dengan kadar faedah 10% setahun dengan lebih cepat, saya kira anda sudah pun untung 10% daripada membayar terlalu banyak faedah kepada pihak pemberi pinjaman..
Berusaha untuk mendapatkan keuntungan pelaburan sejumlah 10% bukanlah satu usaha yang mudah,
Sebaliknya membayar hutang untuk mengurangkan faedah yang sama adalah lebih mudah dengan wang yang ada pada anda…
Jadi untuk ingatan anda, sekali lagi saya tegaskan,
setiap kali anda tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan wang anda,
Bayarlah Hutang Anda Terlebih Dahulu!
Sampai bertemu lagi :)
Perkongsian drpd Khairulnahar Thinkerich..

Sunday, 24 July 2011
5 tips untuk mendapatkan duit raya..
Ok,setelah lama menyepi,saya kembali lagi untuk berkongsi dengan sahabat semua tentang sedikit info ataupun ilmu tentang kewangan anda.Sebenarnya,saya baru mula bercuti bermula hari ini dan di sini saya ingin memohon maaf kerana lama sudah tidak meletakkan post baru.InsyaAllah,di sepanjang cuti ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang tip-tip kewangan.
Dalam tak sedar,kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak tak lama lagi.Lepas puasa,kita akan beraya pula.Bukan saya nak fokus tentang raya tetapi ramai yang memerlukan duit ketika musim perayaan.Oleh itu,kita mestilah bermula dari awal lagi.Di sini,saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang 5 tip untuk membuat duit raya.
Antara 5 tip untuk membuat duit dalam bulan puasa dan sebagai persediaan menghadapi musim perayaan ialah :
Idea 1- Bisnes printing sampul duit raya
Salah satu idea yang sudah semestinya hot untuk di lakukan sebelum menjelangnya Hari
Raya ini ialah bisnes printing sampul duit raya. Jangan risau jika anda tidak pandai
mereka artwork yang cantik-cantik. Anda boleh mendapatkan design daripada client
anda atau pun daripada artwork-artwork yang anda boleh perolehi melalui internet.
Google sajalah! Hehe ☺
Pernah tak anda berbelanja di pasaraya atau membuat urusan di bank dan menerima
sampul duit raya secara percuma? Ya, begitu luasnya pasaran anda sebenarnya.
Terdapat dua cara untuk melakukan bisnes printing ini.
Yang Pertama (agen)
- Anda cari client
- Tawarkan harga murah untuk money pocket anda.
- Mereka akan propose design
- Anda buat tempahan dan proses
- Payment dibuat dan anda tempah kepada pembekal printing anda
- Tempahan di hantar
- Masyukk $$$ (duit raya anda bertambah) hehe
Yang Kedua (penjual)
- Anda buat design
- Tawarkan keunikan sampul duit raya anda (design lain dari yang lain)
- Jual di bazar Ramadhan atau kepada rakan-rakan anda (boleh menggunakan
medium internet untuk memasarkan sampul duit anda) contoh tempat
pemasaran : facebook
Untuk anda memulakan bisnes printing sendiri ( lepas raya pun boleh buat) saya syorkan
anda dapatkan Pakej Bisnes Printing daripada bro Haznoor.
Idea 2- Servis Mengemas / Mengecat Rumah
Kediaman bersih dan berseri adalah idaman setiap tuan rumah di pagi raya. Namun,
kesibukan bekerja sering menghantui mereka untuk mengemas rumah dan
membersihkan kawasan sekeliling rumah mereka.
Malah, ada yang ingin mengecat rumah namun tidak berdaya untuk mengecat sendiri
akibat kesibukan kerja. Jadi, apa yang anda boleh lakukan ialah, anda tawarkan servis
dan masa anda untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Anda tawarkan harga servis anda
untuk mengemas, mencuci langsir, mengecat, memotong pokok dan sebagainya.
Jika dalam ebook Ammar Zahar, beliau memberi kan idea untuk memotong rumput,
saya buka idea lebih besar lagi untuk anda.
Tak percaya servis ini boleh memberikan pendapatan buat anda? Saya sendiri telah
mencuba memberikan servis ini. Ya..walaupun saya mempunyai degree, bekerja di
waktu pagi, kadangkala saya menyambung mengemas rumah / memasak di waktu
malam.Saya menjaga anak-anak mereka dan apa jua kerja yang boleh saya lakukan
untuk rumah mereka.
Idea ini tidak sesuai jika anda mempunyai keluarga, namun, jika anda mampu manage
masa anda, anda juga boleh melaksanakan idea ini. Nampak sedikit ke upah yang diberi?
Ok..percaya atau tidak, saya pernah dapat hampir RM2000 hanya kerja mengemas
rumah orang. Masa itu adalah bulan puasa tahun lepas. Saya ambil upah 2 jam = RM45..
(rate yang sangat murah masa tu hoho). Sekarang rate RM70 untuk 3 jam 2 orang.
Bergantung pada keadaan dan masa. Jadi, masa musim-musim perayaan ni adalah masa
untuk anda demand kerana permintaan sudah pastinya tinggi.
Target Client
- wanita bekerja / bekerjaya
- ibu-ibu mengandung
- mereka yang kekurangan masa untuk mengecat rumah dan membersihkan
kawasan sekeliling
- golongan-golongan elit yang tidak mempunyai pekebun/ maid di rumahnya.
- Golongan professional yang sentiasa busy
- Mereka yang malas tetapi banyak duit untuk mengecat rumah
Teknik Promosi
- tawarkan servis anda di iklan-iklan percuma seperti majalah.com ke. Taip sahaja
di google dengan tajuk iklan percuma.
- Post di facebook..jika segan nak buat atas nama anda sekarang. Buat fan page
dan gunakan nick name perniagaan anda. Contohnya id : cucirumah dan postkan
di group atau wall rakan-rakan anda.
- Cari satu customer dahulu. Servis ini sebenarnya lebih bergerak secara viral dan
mouth to mouth. Jika mereka berpuash hati dengan perkhidmatan anda, mereka
akan menyarankan dan beritahu rakan yang lain. Dari satu customer anda boleh
dapat berbelas-belas customer seminggu.
Idea 3 : Jual resepi kuih raya
Ya, masa ini anda boleh buat kompilasi resepi-resepi masakan untuk tatapan para ibu di
luar sana. Antara idea masakan ialah :
Maklumlah, zaman sekarang agak kurang ramai yang gemar membuat biskut raya atau
kek di rumah. Namun, masih ada juga yang masih berkira-kira untuk mendapatkan
resepi-resepi tersebut. Apa yang saya sarankan ialah, anda compile resepi tersebut dan
jual dengan harga murah. Namun pastikan resepi tersebut menjadi.
Untuk resepi juadah berbuka juga amat laris kerana di hari Ramadhan mulia inilah
tempat sanak saudara berkumpul untuk berbuka bersama. Jadi, mereka pastinya akan
mencari kelainan dalam menyediakan juadah berbuka untuk saudara mara mereka.
Targeted Client :
- Surirumah
- Para ibu dan juga sesiapa jua yang menjaga masakan di rumah
- Para peniaga yang ingin mencari idea memasak untuk jualan mereka
Teknik promosi :
- Internet
- Laman-laman web sosial seperti Facebook, NextCubes
- Forum-forum tempat wanita berbincang mengenai masakan
- Blog-blog wanita yang mengajar menu atau resepi-resepi
Idea 4 : Barangan Kosmetik
Sudah pasti ramai yang ingin kelihatan anggun dan berseri di pagi raya. Mana tidaknya
ada yang di hari raya beginilah masanya untuk sanak saudara berkumpul. Jadi, takkan
nak Nampak selekeh je kan. Pastinya wanita-wanita di luar sana ingin kelihatan cantik
dan berseri.
Anda boleh cari supplier-supplier ni di Facebook dan sebagainya.
Lakukan dropship pun boleh juga.Anda tidak perlu menyimpan stok malah anda mampu menjana keuntungan darinyaberlipat kali ganda.Deal dengan supplier yang anda perolehi dan dapatkan harga murah untuk harga
pemborong.
Idea 5 : Berjimat di Bulan Ramadhan
Ya...idea ini mungkin agak kontroversi..Ezord ni kata nak bagitau cara buat duit di bulan
puasa, ni apasal pulak kena berjimat? Kenalkah anda pada Abang Abu? Mentor dari
Singapura yang berjaya bergelar jutawan dengan cara mendalami ilmu kewangan. Ya!
Dengan mengetahui bagaimana flow duit anda masuk dan keluar, sebenarnya anda
dapat jimat sangat banyak pada bulan Ramadhan ini.
Mana tidaknya, anda sudah jimat :
Jadi apa yang anda perlu lakukan ialah.
1- Target berapa yang anda hendak simpan / budget yang perlu anda gunakan di
hari lebaran nanti.
2- Tulis atas sebuah kertas dan tampal di dinding.
3- Pergi kerja hanya bawa wang RM25 sahaja sehari. Jangan lebih kerana hanya
nafsu sahaja yang ada tanpa godaan syaitan untuk anda membeli brang-barang
yang tidak perlu.
4- Lalu di kawasan bazar Ramadhan yang tidak mempunyai parking yang
mencukupi. (Jadi anda akan rasa malas untuk jalan jauh-jauh nak membeli di
bazaar ☺ )
5- Kurangkan makan di luar dan suruh isteri anda memasak (anda wajib membantu
beliau)
6- Berkongsi atau bertukar juadah dengan jiran-jiran atau sanak saudara yang
duduk dekat-dekat
7- Pergi ke surau atau masjid berbuka. Secara tidak langsung dapat mengawal nafsu
untuk makan secara berlebihan dan mengelakkan malas pergi ke Terawih
Semoga tip ini dapat membantu anda..

- Makan tengah hari,
- Minum petang,
- Rokok,
- Ngeteh,
- Jimat minyak kereta keluar gi makan tengah hari
- Jimat duit pergi karaoke, bermain bowling dan berhibur dan macam-macam lagi.
Jadi apa yang anda perlu lakukan ialah.
1- Target berapa yang anda hendak simpan / budget yang perlu anda gunakan di
hari lebaran nanti.
2- Tulis atas sebuah kertas dan tampal di dinding.
3- Pergi kerja hanya bawa wang RM25 sahaja sehari. Jangan lebih kerana hanya
nafsu sahaja yang ada tanpa godaan syaitan untuk anda membeli brang-barang
yang tidak perlu.
4- Lalu di kawasan bazar Ramadhan yang tidak mempunyai parking yang
mencukupi. (Jadi anda akan rasa malas untuk jalan jauh-jauh nak membeli di
bazaar ☺ )
5- Kurangkan makan di luar dan suruh isteri anda memasak (anda wajib membantu
beliau)
6- Berkongsi atau bertukar juadah dengan jiran-jiran atau sanak saudara yang
duduk dekat-dekat
7- Pergi ke surau atau masjid berbuka. Secara tidak langsung dapat mengawal nafsu
untuk makan secara berlebihan dan mengelakkan malas pergi ke Terawih
Semoga tip ini dapat membantu anda..
Salam Sukses,
Serikandi Fajar
Sunday, 10 July 2011
Petua bercuti
Tidak kira bercuti di dalam atau luar negara, yang paling penting perlulah merancang percutian mengikut kemampuan atau bajet yang ditetapkan.
Ini kerana jika bercuti tanpa membuat perancangan terlebih dulu boleh menyebabkan kita terpaksa menanggung hutang selepas pulang bercuti dan akhirnya secara tidak langsung mengganggu perjalanan kewangan harian anda.
Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah dengan membuat senarai apa yang perlu dilakukan dan anggaran perbelanjaan sebelum pergi bercuti. Ini termasuk penginapan, makan, minum, pengangkutan dan bayaran lain seperti tol dan cenderahati.
Layari internet atau membaca iklan di akhbar untuk mengetahui lebih lanjut keistimewaan tempat yang bakal dikunjungi untuk mendapat idea sebelum tiba di tempat itu.
Jika bajet tidak mengizinkan untuk bermalam di satu-satu destinasi yang menarik, rancanglah percutian untuk sehari saja.
Tempat menarik seperti kawasan perkelahan di sungai dan laut yang berhampiran kediaman juga boleh dijadikan lokasi untuk membawa anak- anak menghabiskan masa lapang mereka.
Selain itu, taman awam seperti taman botani serta Taman wetland, masing- masing di Putrajaya dan di sekitar Tasik Perdana, Kuala Lumpur juga antara lokasi yang menarik untuk membawa anak-anak menghabiskan cuti sekolah.
Bagi yang mempunyai bajet yang lebih, tidak salah keluar dari Kota untuk ke destinasi pelancongan menarik di Malaysia seperti melaka. Pulau Pinang dan pantai timur.
Anda juga boleh mengambil kesempatan bermalam di destinasi pelancongan itu dengan memilih hotel atau resort yang sesuai dengan bajet ditetepkan.
Meneroka pekan dan Bandar kecil di dalam negara adalah satu daripada aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan keluarga. Ramai yang tidak mengetahui pekan kecil negara ini menyimpan seribu satu keistimewaan termasuk seni bina bangunanya, cenderahati yang jual dan makananya.
Jadilah, pengguna yang baik dan pelancong yang berhemah dalam merancang percutian supaya tidak terlebih bajet yang boleh menyebabkan mood selepas bercuti juga terganggu akibat daripada gangguan perjalanan kewangan.
Apa- apapun, bawalah anak-anak anda bercuti sambil meneroka Malaysia kerana terlalu banyak lokasi percutian yang menarik di negara ini yang standing dengan negara luar.
Panduan ringkas bercuti:
• Senaraikan bajet membabitkan penginapan, makanan, pengangkutan, told dan minyak.
• Pilih lokasi melancong, semak harga dan buat tempahan awal.
• Baca iklan dalam akhbar mengenai penginapan yang sesuai untuk lokasi pelancongan.
• Membawa bekalan makanan yang kering seperti serunding dan air botol.
• Pastikan membawa pakaian yang bersesuaian dengan tempat bercuti misalnya di pantai atau tanah tinggi bagi mengelakkan anda terpaksa membeli secara bidan terjun.

Saturday, 9 July 2011
4 Tip untuk murah rezeki
Terdapat pelbagai cara untuk murah rezeki dan antaranya seperti yang saya bakal kongsikan di bawah.Semoga ianya memberi kita semua untuk sentiasa murah rezeki :
1) Hubungkan silaturrahim
Rasulullah s.a.w. bersabda “Siapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”. (Riwayat Bukhari).
2) Banyakkan istigjfar
Dalam hadith yang lain disebut disebut “Siapa yang rezekinya lambat, banyakkan istigfar. Dosa menyekat rezekinya dari sampai. Istigfarlah supaya diampunkan. Rasulullah s.a.w bersabda,
“Siapa yang banyak istigfar, nescaya dijadikan Allah s.w.t dukacitanya itu jalan keluar(kesukaan), kesempitannya itu jalan keluar(kelapangan) dan direzekikannya dari tempat yang tidak disangka (Riwayat Ahmad)
3) Banyakkan bersedekah
Dalam hadith yang lain disebut disebut “…..banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah,”
4) Menganggap kerja itu satu amanah dan jalankannya dengan jujur
Kerja juga adalah satu amanah, sempurnakanlah kerja agar murah rezeki.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua
Salam Sukses,
Serikandi Fajar
Tuesday, 5 July 2011
Amalan untuk murah rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk
menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiran.
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
3. Tinggalkan perbuatan dosa dan maksiat
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa dan maksiat. Dosa dan maksiat bukan saja membuat hati resah dan gelisah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: "... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya."
(Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: "(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya."
(Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim).
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya."
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Semoga dengan perkongsian ini memberi sedikit tip untuk murah rezeki dalam hidup kita...
Salam Sukses,
Serikandi Fajar
Friday, 1 July 2011
“Apa Yang Perlu Dilakukan Dengan Wang Kita Bila Ekonomi Tidak Menentu?”
Adakah ingin tahu apakah tindakan terbaik yang perlu dilakukan dengan wang anda bilamana ekonomi berada dalam ketidaktentuan.
Semua orang ingin tahu di mana mereka boleh meletakkan wang mereka dengan lebih selamat, terjamin dan terlindung daripada sebarang masalah kerugian.
“Patutkah mereka melaburkan wang mereka ke dalam Unit Trust?
kata perunding unit trust, melaburlah ketika ekonomi sedang mengalami kejatuhan sebab harganya lebih murah!”
“Tapi bagaimana pula jika harganya terus menerus jatuh?”
“Atau beli sahaja pelan perlindungan Insurans/Takaful?”
“Atau mungkin simpan sahaja dalam Simpanan Tetap (FD) yang jauh lebih selamat?”
Itulah di antara soalan yang bertali arus yang sering saya terima …
Baiklah sebelum saya menjawab soalan-soalan tersebut, biarlah saya berterus terang terlebih dahulu.
Sebenarnya saya pun tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan kerana saya hanya memberi khidmat nasihat kewangan dan bukannya Ahli Nujum Pelaburan Kewangan yang tahu bila masanya sesuai untuk melabur dan bila pula masa yang sesuai untuk menjual!
Hakikatnya tiada seorang pun yang tahu apakah perkara yang berlaku pada masa hadapan, sebaliknya ramai yang dapat berhujah dengan baik berasaskan perkara lalu.
Sebagai contoh sejarah pulangan pelaburan…
Perkara yang telah berlaku, ramai di antara kita yang boleh berikan jawapan tetapi bila melibatkan perkara masa depan …tiada siapa pun boleh berikan jawapan yang pasti!
Jadi dengan kata lain, kita tidak tahu apa yang pasaran saham akan lakukan besok. Kita tidak tahu di mana harga minyak akan pergi dan apakah harga hartanah akan naik atau turun?
Sebenarnya tidak ada satu tempat yang selamat untuk melabur wang anda. Bukan pasaran saham, bukan pasaran hartanah dan bahkan bukan juga di bank!
Sekarang kita semua sudah tahu bahawa tidak ada jaminan untuk menghasilkan wang, cuma ada satu perkara sahaja yang dapat anda lakukan dengan wang anda ketika ekonomi tidak menentu…
Apa dia?
Jika anda nak tahu,jom klik sini..
Semoga tip ini sedikit sebanyak memberi input kepada anda..

Subscribe to:
Posts (Atom)