Apa yang anda perlu faham mengenai wang?
Menjadi sifat semulajadi untuk sebilangan manuisia mahukan yang terbaik dalam hidup mereka.
Mahu rumah lebih besar,
mahu kereta lebih besar,
mahu berikan yang terbaik untuk keluarga
Kita selalu mengharapkan lebih. Sifat utama wang untuk datang lebih kepada kita adalah jika kita mahukan sesuatu yeng lebih, kita mesti lakukan sesuatu yang kita tidak pernah lakukan sebelum ini.
Anda tidak boleh harapkkan situasi berikut akan berlaku. Sentiasa lakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza. Jika anda bekerja makan gaji, anda tidak boleh mengharapkan keajaiban akan berlaku kepada diri anda. Tidak mungkin bos anda akan panggil anda dan berkata :
Arif, Hari ini saya nak naikkan gaji awak?
Bekerja makan gaji bermaksud anda perlu beratur untuk menerima kenaikan gaji. Saya tidak berkata bekerja makan gaji itu tidak bagus tetapi jika anda melakukan perkara yang sama setiap hari, anda tidak boleh mengharapkan keajaiban akan berlaku kepada anda.
Untuk dapat lebih, setiap hari anda perlu fikir bagaimana hendak memotong barisan tersebut dengan cara yang sepatutnya. Bertukar tempat kerja tidak akan mengubah nasib anda sepenuhnya. Kadang-kadang, gaji yang lebih di tempat kerja yang baru lagi merunsingkan anda. Berniaga itu bagus, namun, bukan semua sanggup berniaga.
Kesimpulan : Mempertaruhkan masa dan tenaga seperti melakukan sesuatu perkara yang sama untuk mendapatkan keputusan yang berbeza adalah sesuatu yang tidak bijak bagi anda untuk kewangan jangka masa panjang.
Anda bazirkan masa bertahun melakukan sesuatu tetapi anda masih berada dalam situasi yang sama. Pelaburan dan perniagaan adalah antara perkara yang boleh anda lakukan untuk menjamin masa hadapan.
Fikirkan perkara berikut:- Gaji yang tinggi bermaksud lagi tinggi cukai anda kena bayar dan lagi tinggi kos untuk menampung kehidupan seharian. Anda perlu lakukan sesuatu untuk menjamin kesejahteraan hidup anda di masa hadapan. Ini sahaja perkara yang perlu anda faham mengenai wang
Apa itu wang?
Setiap pandangan berbeza. Ada yang menganggap wang adalah alat untuk pertukaran. Namun, saya menganggap wang adalah kayu pengukur kehidupan seseorang pada zaman sekarang.
Lagi banyak wang, lagi kaya.
Lagi banyak wang, lagi di hormati.
Lagi banyak wang, lagi senang kehidupan.
Dengan wang, anda mempunyai kuasa dan akan lebih di hormati oleh manusia lain. Memiliki wang yang lebih bermaksud lagi senang kehidupan anda. Ramai juga yang beranggapan, wang adalah tunjang kepada semua kejahatan. Mereka silap kerana cintakan wang adalah tunjang kepada semua kejahatan.
Sekali anda biarkan diri anda cintakan wang, anda akan di selubungi kejahatan. Untuk mengelakkan diri anda dari cintakan wang, anda perlu jadikan wang sebagi hamba anda. Wang perlu mengikut arahan anda. Ada satu pepatah yang menarik untuk di kongsi.
Wang adalah hamba yang bagus, namun ia bukan tuan yang bagus. Jika anda menggadaikan maruah anda demi wang, wang sudah mengusai masa dan kehidupan anda. Cara terbaik untuk menghalang wang dari mengusai anda adalah pengurusan wang yang betul.
Beringat sebelum terkena !!!
Kenyataan kehidupan sekarang adalah sesuatu yang anda dan saya tidak dapat menerimanya. Setiap hari harga barang semakin naik, tetapi jumlah pendapatan kita kekal. Setiap hari kita dihempap perlahan-lahan oleh bebanan hidup.
Nantika sambungannya tentang MASA & WANG..
Salam Sukses,
Serikandi Fajar

No comments:
Post a Comment