RAHSIA NAK BUAT DUIT

Tuesday, 7 June 2011

Wang dan Masa...tak dapat dipisahakn

Dalam topik ini,saya ingin share dengan anda semua tentang masa dan wang.Sesengguhnya dua-dua ibarat irama dan lagu,tak dapat dipisahkan.Tapi pada zaman sekarang masa mengejar wang atau wang mengejar masa..tapi yang pasti kedua-duannya saling mengejar.Ini disebabkan keperluan hidup yang semakin meningkat, tahap kesihatan juga kian membelenggu kita. Corak kehidupan yang kurang sihat sentiasa menghantui tahap kesihatan kita. Setiap hari, ada sahaja ancaman penyakit dan virus muncul. Untuk sembuh, kita perlukan wang untuk membeli ubat dan sebagainya. Kita perlu kawal kewangan kita sebelum kesusahan yang tidak di jangka akan menyerang kita. 

Secara keseluruhannya, kita ada 4 jenis manusia di dunia

1. Tiada masa dan tiada wang.
 Kebanyakan pekerja jatuh pada kategori ini. Mereka bekerja setiap hari dan tiada masa untuk menikmati kehidupan. Kebanyakn dari mereka juga kahabisan wang pencen dalam masa yang sekejap di sebabkan kebebsan yang tidak dapat di kawal. 


2. Tiada masa tetapi ada banyak wang.
 Bekerja sendiri dan pemilik perniagaan berada dalam kategori ini. Mereka lebih bernasib baik dari golongan pekerja kerana mereka ada banyak wang. Namun, mereka bekerja keras untuk memastikan keuntungan sentiasa berada pada pihak mereka. 


3. Ada masa tetapi tiada wang.
 Selalunya golongan bekerja kampung, petani dan nelayan jatuh pada kategori ini. Mereka ada banyak masa tetapi tiada wang untuk di belanjakan. 


4. Ada masa dan ada banyak wang.
 Pemilik perniagaan besar, memiliki tanah yang banyak dan pelabur jatuh pada kategori ini. Mereka mempunyai masa yang banyak untuk membelanjakan wang. Sudah tentu, anda pun mahu berada dalam tahap ini.

Oleh itu,tengoklah diri kita,kita berada dalam kelompok yang mana,saya di sini bukan nak merendahkan mana-mana golongan tapi sekurang-kurangnya kita lihat diri kita dengan jujur,baru kita boleh berubah,InsyaAllah..

Kejayaan ditentukan oleh tindakan masa kini dan 
bukanlah ditentukan oleh kegagalan masa lalu




Salam Sukses,
Serikandi Fajar

No comments:

Post a Comment