RAHSIA NAK BUAT DUIT

Friday, 3 June 2011

Tetapkan matlamat kewangan anda.

Ok,antara tip kewangan pada hari ini adalah  menetapkan matlamat kewangan adalah melalui perancangan awal untuk beberapa jangka masa - dua tahun, lima tahun, 10 tahun, 20 tahun dan seterusnya.   
Kemudian, fikir tentang keperluan dan keinginan anda (atau keluarga), dan jadikan ia sebagai matlamat khusus yang ingin dicapai untuk setiap jangka masa yang telah ditentukan.   

Matlamat anda boleh meliputi perkara-perkara yang memang diperlukan (umpamanya, memiliki rumah dalam masa lima tahun atau pembiayaan pendidikan anak-anak dalam masa 10 tahun atau simpanan untuk hidup selesa selepas bersara), hinggalah kepada perkara-perkara yang sejak sekian lama sudah diidamkan tetapi belum dapat dicapai (seperti bercuti keluar negara dan sebagainya).   

Bagaimanapun, matlamat anda harus tentu, wajar, berfaedah dan bukan angan-angan Mat Jenin :)    Kemudian, kira berapa banyak wang diperlukan untuk memenuhi setiap matlamat tersebut. Jangan pula rasa takut melihat jumlah yang telah dianggarkan.Melainkan mereka yang memang sudah banyak menabung, kebanyakan kita perlu bekerja keras menambah tabungan untuk mencapai matlamat yang diimpikan - dan menambah tabungan boleh juga dibuat melalui pelaburan.Salah satu teknik dan strategi pelaburan yang sangat unik ada dinyatakan dalam ebook Kewangan Peribadi hasil tulisan teman Khairulnahar a.k.a Thinkerich, dalam Modul 3 : Pengumpulan Harta Kekayaan...

Untuk melihat cara-cara macam mana nak  membuat strategi menyimpan  melalui simpanan,bolehlah lihat di sini http://bit.ly/mElnll


Saya harap,dapat mengambil tip-tip yang saya berikan untuk mula belajar menyimpan duit untuk keperluan masa hadapan.


Selamat berjaya,
Serikandi Fajar

No comments:

Post a Comment