RAHSIA NAK BUAT DUIT

Wednesday, 15 June 2011

Sediakan payung sebelum hujan..

Ok,sory dah lama saya x buat post baru,ini kerana saya sibuk sangat nak siapkan assgnment dan proposalb untuk projek baru.Hari ini saya baru kematian seorang sahabat yg umurnya dalam 22 tahun,sungguh menghayat hati kerana saya tak sangka dia pergi begitu cepat bertemu Ilahi.Di saat itu,saya mula berfikir bila pula giliran saya dan apakah amalan yang saya nak bawa apapbila menghadap Ilahi.Saya berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat,amin..

Semua penyakit atas dunia ini,semuanya ada penawar tapi satu je penyakit yang tak ada penawar iaitu MATI.Mati adalah suatu yang pasti dalam hidup kita dan adakah kita telah bersiap sedia menghadapinya,saya harap kita dapat muhasabah balik diri kita dan amalan kita.Apabila bercerita pasal mati ni,tahukah anda amalan apa yang mengiringi kita ke kubur sewaktu kita mati,iaitu :

  1. Ilmu bermanfaat
  2. Sedekah jariah yang berpanjangan
  3. Anak yang soleh
Di sini saya nak share sedikit tentang sedekah jariah yang berpanjangan,ramai irang tanya macam mana orang mati nak bersedekah pulak,sedangkan dia dah mati.Ok,di sinilah pentingnya di sini,anda mempunyai wang sebelum dan selepas anda mati.Saya nak menekankan bahawa pentingnya anda mempunyai skim perlindunagn diri,ini kerana sekurang-kurangnya anda dapat membuat ihsan dengan duit anda selepas anda mati atau lagi baik sebelum mati.Di sinilah konsep memerlukan skim perlindungan itu penting kerana duit pampasan yang kita dapat itu dapat membantu keluarga kita dan bantu orang lain.Di situlah,sekurang-kurangnya,kita dapat pahala yang berterusan untuk kita bawa bertemu Ilahi.



Ini adalah 5  alasan penting mengapa ANDA mesti mempunyai insurans nyawa dan mengapa orang di sekitar anda juga harus melabur dalam hal ini:

Alasan 1

Adakah anda mempunyai hutang, seperti mungkin membayar hutang PTPTN? Ini merupakan alasan yang penting  untuk memiliki insurans nyawa ... ini kerana apabila anda mati,anda meninggalkan hutang-hutang ini dan mungkin keluarga anda yang terpaksa membayarnya.Tidakkah ini menyusahkan.Baru habis study,x sempat lg nak rasa duit gaji anda dah terpaksa bayar hutang yang anda pinjam.Fikir-fikirkanlah...
 
Alasan 2

Muda,cergas dan sihat? Tidak ada penyakit? Maka ini adalah masa terbaik untuk mendapatkan jaminan hidup! premium anda akan kecil dan jika anda mengambil polisi yang membolehkan anda untuk menyimpan premium yang sama sampai usia 65, anda akan mempunyai tabungan yang cukup ... sebelumnya anda memulakan, semakin baik. Dan kemudian jika anda mengalami masalah kesihatan sepanjang hidup anda, tidak masalah, kerana anda sudah memiliki back up plannya iaitu insurans!

Alasan 3

Apakah anda  sudah berkahwin? Adakah anda mengambil berat tentang pasangan anda? Maka adalah tidak bijaksana jika anda  mengatakan bahawa pasangan anda tidak perlu bimbang tentang wang yang harus anda gunakan dalam kehidupan hari ini dan pada masa akan datang.Ada juga kes yang berlaku dimana ada pemilik skim perlindungan ini membatalkan insurans diri mereka dan kemudian 6 bulan kemudian dia didiagnosis menderita kanser perut, dan meninggal 18 bulan kemudian ... meninggalkan seorang isteri dan dua anak-anak masih di rumah dan terbiar ... dan tidak ada bantuan kewangan untuk menampung keluarganya. Apakah ini yang anda ingin pasangan anda lalui?Tanya balik diri anda..

Alasan 4

Ingin meninggalkan warisan untuk anak-anak masa depan anda ? Apa yang lebih baik ialah memastikan anda benar-benar akan mempunyai beberapa warisan untuk diteruskan! Hadapan mereka.Anda boleh mengambil skim perlindungan diri yang mempunyai skim perlindungan dan pelaburan.Ini akan memberi anda keuntungan kerana mempunyai skim perlindungna diri serta melabur duit untuk mendapat keuntungan seperti contoh MAA TAKAFUL,ETIQA TAKAFUL,TAKAFUL MALAYSIA dan sebagainya.Anda boleh cari syarikat-syarikat yang menyediakan skim perlindungan diri dan keluarga.Lindungilah keluarga anda jika anda sayangi mereka.

Alasan 5

Walaupun anda tak mampu memiliki insurans kesihatan atau insurans lain,sekurang-sekurangnya anda memiliki insurans diri (mati).Ini kerana kematian adalah suatu yang pasti.Oleh itu,sekurang-kurangnya anda dapat memberi wang itu kepada orang yang anda sayangi seperti ibu bapa,anak-anak,isteri dan sebagainya.Ini sangatlah penting kerana mungkin anda adalah ketua keluarga yang menanggung anak-anak-isteri dan ibu bapa.Sekurang-kurang duit itu mampu membantu ereka meeruska hidup mereka.

Saya berharap perkongsian saya kali ini memberi sedikit kesederana kepada kita tentang nilai hidup kita serta orang yang kita sayangi.Fikir-fikirkanlah..





Salam Sukses,
Serikandi Fajar



No comments:

Post a Comment