Pada April 2011, kadar pengangguran kekalpada paras 3.0 peratus.Walau bagaimanapun, bilangan penduduk bekerja dan penganggur merekodkan sedikit peningkatan masing-masing seramai 78,000 dan 2,900 orang kepada 12.33 juta dan 383,200 orang seiring dengan pertambahan bilangan tenaga buruh.
Kadar pengangguran didapati menurun 0.2 peratus jika dibandingkan dengan catatan pada bulan sama tahun 2010. Di sini adalah sedikit perkongsian tentang statistik penggangguran di Malaysia.Ok,di sini saya ingin berkongsi beberapa sebaba dan tip bagaimana nak mengatasi masalah ini.
Ambil iktibar dari orang lain contohnya kita 'belajar' ambil iktibar mcm orang Indonesia yang cukup tabah dalam mencarri rezeki. Bukan nak banggakan mereka, tapi segelintirnya adalah bebetul bersungguh mencari rezeki halal sesuap nasi dan berjauhan dengan family walaupun tak balik raya itu satu pengorbanan besar sebenarnya.Di situlah dikatakan semangat untuk bekerja.Kalau kita nak,pasti berjaya.Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.
Sanggup korbankan masa, tenaga dan fikiran untuk apa jua jenis pekerjaan hatta menyapu sampah sekalipun. Tak mengapa.. ia tetap kerja yang halal dan mendapat ganjaran di sisi Allah swt.. Adakah kerja itu kita perlu cerewet dan pandang sebelah mata ? Tidak praktikal memilih pengangguran sebagai pilihan terakhir kerana tidak sanggup memilih pekerjaan yang susah.
Belajar untuk tingkatkan tahap ekonomi diri sendiri dan membuat perubahan yang lebih baik dari masa ke semasa. Ada target 5 tahun ke hadapan dan berusaha untuk mencapai apa jua matlamat short, mid & long term strategy.
Yang penting masa dan waktu usah dibazirkan.. Sesaat yang berlalu tidak mampu dikembalikan walaupun
membayarnya dengan 1 billion ringgit... Space we can recover, lost time never ~ napoleon bonaparte.
Dan yang paling penting jangan bertangguh dan terus TAKE ACTION untuk memulakan sesuatu pekerjaan,tak kiralah apa pun pekerjaan sekalipun.
Semoga perkongsian ini memberi sedikit kesedaran kepada bahawa masa itu tak menunggu kita sebaliknya kita yang mengejar masa.Oleh itu,gunalah masa dengan sebaiknya..
Salam Sukses,
Serikandi Fajar

No comments:
Post a Comment