RAHSIA NAK BUAT DUIT

Tuesday, 7 June 2011

Syarat utama untuk MELABUR ?

Makna perlaburan pada anda?

Apa yang terdetik pada fikiran anda ketika anda mendengar perkataan perlaburan? Adakah ia bermakna membeli Insurans, membeli Amanah Saham atau membuka syarikat perniagaan. Ada manusia yang sentiasa memikirkannya. Namun, ada juga manusa yang hanya memikirkannya ketika hendak mati atau berada dalam kesusahan. Ada juga di kalangan anda yang merasakan pelaburan adalah sesuatu yang sangat kompleks untuk di fahami.

Peraburan merangkumi berbagai perkara. Ada manusia yang membuat pembedahan plastik untuk nampak lebih cantik, ada juga manusia yang mengupah jurulatih peribadi supaya mereka nampak lebih kurus. Perlaburan adalah sesuatu yan ganda lakukan untuk diri anda., sudah tentulah untuk mendapat keputusan yang lebh baik.


Perlaburan untuk diri sendiri?

Perkara pertama yang perlu anda tahu ketika melabur adalah jika anda tidak melabur untuk diri sendiri, siapa lagi yang akan lakukan? Ibu bapa anda hanya akan melabur pendidikan anda sehingga tamat belajar dan ia adalah keperluan asas sahaja. Namun, ketika di sekolah, anda tidak di ajar bagaimana hendak mengawal kewangan anda atau bagaimana hendak melabur.
 
Anda hanya di ajar bagaimana hendak memberi wang kepada orang lain iaitu bekerja dengan orang lain. Oleh kerana tiada sesiapa yang akan mengajar anda bagaimana hendak menguruskan wang, anda perlu mengambil tanggungjawab tersebut.

Melabur untuk diri sendiri bermakna anda sedang mendidik diri anda untuk lebih pandai mengawal kewangan. Jika anda berhenti dari mendidik diri anda, anda akan berhenti belajar. Jadi, sampai ke akhir, anda akan berada pada tahap yang sama. 

Pelaburan untuk diri sendiri bermakna anda perlu bertanggungjawab atas semua tindakan yang anda lakukan. Ini bermakna, anda perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan mengenai kehidupan anda. Kebanyakan manusia yang kaya di dunia ini melabur untuk diri sendiri, mereka sentiasa bertanggungjawab atas semua tindakan mereka.Ada pendapat mengatakan, jika anda melabur untuk diri sendiri, anda sedang melukis peta ke arah kejayaan anda. Jika anda memandu dari Ipoh ke Kota Bharu menggunakan panduan peta yang salah, anda tidak akan sampai ke destinasi walau sebanyak mana usaha anda. Jangan gunakan peta orang lain, tetapi lukislah peta diri sendiri untuk di ikuti. 


Kepentingan pendidikan kewangan. 

Anda perlu melabur untuk minda wang? Melabur untuk minda wang bermaksud melabur untuk memahirkan diri anda dalam kewangan. Melabur untuk diri sendiri juga bermaksud melabur untuk minda wang. Perlaburan ini akan menjalinkan anda dengan pengetahuan kewangan yang kukuh di mana hanya sedikit manusia sahaja yang tahu. Memerhati dari tepi adalah berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya. 

Seorang professor kewangan hanya mampu memberi ulasan tetapi tidak berani mengambil tindakan kerana mereka sentiasa memerhati dari tepi. Berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya, mereka berani mengambil tindakan kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan. 

Apa yang anda ingin beli, lembu atau susunya? Jika anda membeli susu, ia akan habis. Maka, anda perlu beli, beli, dan beli lagi jika mahu menggunakannya. Jika anda membeli lembu, anda melakukan perlaburan untuk masa hadapan. Walaupun harga lembu tersebut adalah 50 kali lebih mahal dari harga susu, anda akan dapat pulangan selepas 50 kali anda mengambil susu dari lembu tersebut. 

Selepas itu, anda akan mendapat keuntungan. Semua manusia ada peluang untuk kaya walaupun anda hanya ada seluar pendek sebagai harta. Kreativiti memainkan peranan. Sebab itu, pendidikan kewangan adalah penting. 

Anda akan lebih untung jika, Menukarkan tanah yang kosong kepada tanah yang ada tanaman. Membaiki kereta lama untuk dijual berbanding menjualnya tanpa membaiki. Harga sesuatu barang bergantung kepada bilangan pembekal da permintaan. Melabur pada sesuatu yang boleh memberi pulangan pada jangka masa panjang. Jangan terlalu melabur pada sesuatu yang ada liabiliti seperti kereta ( akan rosak ). Sekarang, anda perlu bangun dan belajar mengenai kewangan

Ok,saya akan sambung review akhir  yang saya baca dari ebook RAHSIA MINDA WANG...semoga memberi manfaat kepada semua..




Salam Sukses,
Serikandi Fajar

No comments:

Post a Comment